PADAWAN: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Kampung Siabtuh Bunuk menerima dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM20,000.
Penyerahan dana tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil sempena Hari Keluarga dan Perasmian Biro Wanita kampung berkenaan pada Ahad.
Dalam majlis tersebut, beliau menekankan kepentingan Biro Wanita dalam sesebuah komuniti bagi memperkasakan pentadbiran kampung dan menyokong pembangunan wanita serta institusi kekeluargaan di peringkat akar umbi.
Menurut beliau, Biro Wanita baharu ini perlu mencontohi tiga Biro Wanita lain di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong yang begitu aktif mengusahakan jualan produk makanan.
Hadir sama, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong, Pemanca Bidayuh Daerah Kuching Raymond Jihap, Penghulu Kawasan Penrissen Biperoh Richard Daho dan Ketua Kaum Kampung Sibatuh Bunuk Donald Adil. - EDISI UKAS