Dato Sri Lee Rasmikan Program Hari Keluarga Pertandingan Bowling SUPP

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin merasmikan program Hari Keluarga Pertandingan Bowling Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin di Bintang Megamall, Miri pada Ahad. 

Tujuan program ini adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli SUPP Cawangan Senadin bersama dengan SUPP Cawangan Kecil Riam.

Acara sebegini katanya juga bertujuan untuk memberikan ruang terbaik kepada semua ahli-ahli parti termasuk ahli keluarga untuk bersama-sama melakukan aktiviti berfaedah menjelang hujung minggu.

Sekitar 58 orang ahli terdiri daripada 15 pasukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin telah menyertai program ini. -EDISI UKAS