JKM Bahagian Sri Aman Anjur Latihan Pengurusan Bencana Bersama Agensi Tempatan

Disiarkan pada 26 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS


SRI AMAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman bersama beberapa agensi di bawah Jawatankuasa Bencana Daerah mengadakan latihan amal dan simulasi pengurusan pusat pemindahan sementara sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bencana.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil-wakil daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKM sendiri.

Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada penduduk mengenai tindakan yang perlu diambil apabila berdepan situasi bencana.

Program ini dihadiri seramai 140 orang dengan objektif utama memastikan penduduk bersedia dan memahami tindakan segera yang perlu diambil dalam menghadapi sebarang situasi bencana.

Turut hadir pada program ini adalah ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Pegawai Kebajikan Sri Aman Sharifah Mordiah Syed Ali serta ketua masyarakat setempat.-EDISI UKAS-