Ramah Tamah Gawai Raya Bentuk Sahsiah Diri Pelbagai Masyarakat

Disiarkan pada 22 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
ISNIN, 22 APRIL 2024



ROBAN: Majlis Guru Besar Zon Roban telah menganjurkan Ramah Tamah Gawai Raya di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Roban baru-baru ini.
 
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.
 
Objektif penganjuran program itu ialah untuk membentuk sahsiah diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
 
Hadir sama ADUN Krian Tuan Friday Belik, Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom, Setiausaha Politik Premier Sarawak Brian Fong dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Saratok Alias Muhi.-EDISI UKAS