Sarawak Kitchen Tarikan Pengunjung Regatta 2024

Disiarkan pada 26 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Penganjuran Sarawak Kitchen bersempena Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2024 menjadi tarikan pengunjung luar negeri.

Difahamkan, seramai 36 usahawan telah menjual pelbagai produk makanan dan minuman manakala seramai 14 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menjual produk makanan kering, kesihatan dan kecantikan serta perkhidmatan.

Wakil Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Dato Sri Mohd Naroden Majais telah hadir menyempurnakan Majlis Pra Perasmian Showcase Usahawan Sarawak sempena Sarawak Regatta Kuching Waterfront Festival 2024 di tapak Sarawak Kitchen di Tebingan Sungai Kuching pada Jumaat.

Sarawak Kitchen bermula pada 25 Oktober hingga 3 November ini di Tebingan Sungai Kuching dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertunjukkan fesyen kanak-kanak, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta jabatan dan agensi kerajaan negeri lain. -EDISI UKAS