LUNDU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Lundu bersiap sedia untuk menghadapi Monsun Timur Laut.
Sehubungan itu, Residen Bahagian Kuching Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi telah melakukan lawatan ke PPS Daerah Lundu merangkumi PPS Pasir Tengah, PPS Kampung Sebakok, PPS Paun dan PPS Sebat bagi meneliti keadaan dan keperluan di setiap pusat tersebut baru-baru ini untuk memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya banjir.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar setiap kampung melengkapkan profil masing-masing serta mewujudkan pasukan sukarelawan di peringkat kampung bagi membantu dalam situasi kecemasan.
Beliau turut mengingatkan penduduk supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan bersiap sedia menghadapi musim Monsun Timur Laut yang bakal melanda.
Semua PPS yang dilawati didapati dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi bagi menampung sejumlah penduduk yang terjejas.
Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Awang Yusup Awang Mostapha. -EDISI UKAS