Lebih 1,000 Orang Meriahkan Rumah Terbuka ADUN N3 Tanjong Datu

Disiarkan pada 22 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Seramai lebih 1,000 orang telah menghadiri Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan yang diadakan di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu pada Ahad. 

Majlis rumah terbuka tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Dato’ Sri Nancy Shukri yang juga Ahli Parlimen Santubong.

Dalam program tersebut, seramai 300 orang kanak-kanak telah menerima duit raya daripada ADUN Tanjong Datu.

Hadir sama, ADUN Serembu Miro Simoh, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Draup dan mantwb ADUJ Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.-EDISI UKAS