Daro Rancak Membangun, Pelbagai Infrastruktur Giat Dibina

Disiarkan pada 22 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


DARO: Daerah Daro kini semakin pesat membangun dengan pelbagai infrastruktur yang giat dibina.
 
Menurut Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, ini semua adalah hasil usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui wakil rakyat kawasan.
 
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Itol, Daro bersama Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi pada Ahad.
 
Safiee turut berkongsi perkembangan beberapa projek pembangunan yang sedang dilaksana dan akan dilaksanakan termasuklah jalan dua hala yang menghubung Pekan Daro ke jambatan yang diumumkan oleh Premier Sarawak semasa melawat Daro sebelum ini.
 
Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Itol, Daro dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ada di kampung berkenaan.
 
Kedua-dua wakil rakyat mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir dan berkongsi kemeriahan Syawal.
 
Turut hadir Pemanca Kaum Cina Daro Lau Oi Ohen, Penghulu Kawasan Daro Bahiri Selakong dan Ketua Kaum Kampung Itol Hamran Badong. - EDISI UKAS