ADUN Tellian Santuni Kompeni Bravo Batalion Kedua Rejimen 510 Askar Wataniah, Mukah

Disiarkan pada 22 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyantuni Kompeni Bravo Batalion Kedua Rejimen 510 Askar Wataniah, Mukah pada Sabtu.
 
Majlis tersebut anjuran Kompeni Bravo Batalion Kedua Rejimen 510 Askar Wataniah bertempat di markas kompeni terletak bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah.
 
Dalam majlis ringkas tersebut, Royston mengumumkan sejumlah geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Kompeni Bravo Mukah untuk melaksanakan apa jua aktiviti.
 
Beliau berharap geran tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan melancarkan apa jua yang dirancang kelak. - EDISI UKAS