Balai Raya Kampung Ensebang Padang Bilun Siap Dibina

Disiarkan pada 22 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BALAI RINGIN: Balai Raya Kampung Ensebang Padang Bilun telah siap dibina dengan kos sebanyak RM300,000.

Timbalan Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, balai raya tersebut telah siap dibina di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Beliau turut menyentuh mengenai isu yang berkaitan dengan pembinaan balai raya iaitu terdapat balai raya yang tidak siap dibina dengan peruntukan sebanyak itu. 

"Saya akan memastikan setiap peruntukan RTP digunakan secara sistematik dan dimaanfaatkan sepenuhnya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Balai Raya Kampung Ensebang Padang Bilun di Balai Raya Tuai Rumah Bita Ringkos di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin turut bercadang untuk mengangkat Balai Ringin menjadi Daerah penuh.

Tambahan pula, kawasan Daerah Balai Ringin sudah mempunyai fasiliti yang cukup seperti sekolah, kem tentera, klinik kesihatan, mini stadium dan kemudahan-kemudahan lain.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Temenggong Dato’ Harrison Lunsa, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Balai Ringin Mohammad Adam Muslim, Penghulu Kawasan Balai Ringin Lama Bungkol, Penghulu Pelie Jumbu, Penghulu Anthony Lama, Kaunselor Briten, Kaunselor Collin dan tuai-tuai rumah dari kampung berdekatan. -EDISI UKAS