SUKSEM IX: Datu Buckland Hadir Menyaksikan Acara Bola Jaring

Disiarkan pada 19 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS


TERENGGANU: Chef de Mission (CDM)Sukan Se-Malaysia (SUKSEM) IX 2024 SUKSEM IX kontinjen Sarawak Datu Buckland Bangik telah hadir menyaksikan acara bola jaring penentuan tempat ketiga, Sarawak menentang Terengganu, pada Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) berkesempatan memberi kata semangat untuk para pemain Sarawak.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu menyaksikan pasukan tuan rumah menang 41-27 untuk mendapat tempat ketiga.

Pada set pertama, Terengganu mendahului 21-11.

Sarawak cuba bangkit pada babak kedua namun gagal mengekang serangan pasukan tuan rumah.

Terengganu terus berada di kedudukan selesa hingga perlawanan tamat. -EDISI UKAS