271 Penderma Darah Terima Anugerah Dalam Majlis Penghargaan Pengiktirafan Penderma Darah 2024

Disiarkan pada 21 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Seramai 271  penderma Darah telah menerima anugerah dan penghormatan dalam Majlis Penghargaan Pengiktirafan Penderma Darah 2024 bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri pada Sabtu.
 
Majlis dengan anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia, Daerah Miri itu diadakan bagi meraikan semangat kemurahan hati dan belas kasihan yang mentakrifkan komuniti di Miri.
 
Penerima anugerah bagi kategori ‘Youngest Male’ Melvin John berusia 17 tahun dan kategori ‘Youngest Female’, Darlene Viona desmond 18 tahun.
 
Manakala kategori ‘Highest Male’ dengan 140 pints adalah Tang Tiong Ching 66 Tahun dan ‘Highest Female’ dengan 45 pints Saldiah Salleh 46 tahun.
 
Sehubungan itu, Kempen Derma Darah di Daerah ini menyasarkan 10,000 pints darah pada tahun 2024.
 
Hadir sama majlis Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Pengerusi Pengelora, Kr. Karambir Singh Honey.-EDISI UKAS