KUCHING: Lebih 300 peminat sukan elektronik menyertai Pertandingan Esports sempena Kejohanan Muaythai Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2024 yang diadakan baru-baru ini di Panggung Udara, Kuching Sarawak.
Pertandingan edisi ketiga tersebut dianjurkan bersama oleh oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak dan GB06 Esports.
Saingan kali ini mempertandingkan tiga jenis permainan iaitu PUBG Mobile, Tekken dan eFootball.
Bagi kategori Tekken, Syamil ‘Lootfee’ Lutfi telah muncul juara setelah menewaskan pencabarnya Mohammad Tarmimi ‘Mr Danger’ Hafizi Jarpri.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh Benjamin ‘Sashimi’ Soo.
Untuk kategori eFootball pula, Mohd ‘Roxx0’ Ehsan muncul juara setelah menewaskan Alif ‘DarmosH’ manakala ‘Greg’ Simon Ak Mathe hanya berpuashati di tempat ketiga.
GB06 Esports telah mengulangi kejayaan mereka pada tahun lepas setelah berjaya mempertahankan kejuaraan mereka di kategori PUBG Mobile.
Tempat kedua dimenangi oleh Project Comeback manakala MPF E di tempat ketiga. - EDISI UKAS