ADUN Meradong Sumbang Geran Khas Kepada PPD Daerah Meradong

Disiarkan pada 18 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS

 
BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran khas bernilai RM20,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Meradong.

Penyaluran dana itu bertujuan untuk digunakan bagi melaksanakan penganjuran aktiviti tahunan pelajar khasnya yang menduduki peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Daerah Meradong. 

Dalam kesempatan itu juga, beliau turut memberikan geran khas bernilai RM5,000 kepada Kelab Bola Tampar Meradong yang akan menyertai Kejohanan Bola Tampar Belia 16 tahun ke bawah, Peringkat Negeri Sarawak 2024.

Menurut beliau, pasukan ini nanti akan membawa nama Maradong ke pertandingan peringkat tinggi yang akan melabuhkan tirai saingan 21 Oktober depan.

Dengan sumbangan yang diberikan, beliau berharap Kelab Bola Tampar Meradong lebih bersemangat untuk mengecapi kejayaan sekali gus mengangkat nama daerah itu dalam sukan bola tampar.

Turut hadir, Timbalan PPD Daerah Meradong, Mahathir Mahdini, Pengerusi Persatuan Bola Tampar Meradong ,Dato Ung Sing Ung dan Pengetua Sekolah Menengah Kai Chung, Nguan Seng. – EDISI UKAS