Pesta Gelimeh Berawan Sarawak pada 24-25 Oktober

Disiarkan pada 21 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Pesta Gelimeh Berawan Sarawak 2024 akan diadakan pada 24 hingga 25 Oktober 2024 bertempat di Kampung Long Jegan, Tinjar, Baram.
 
Persatuan Berawan Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Pesta Gelimeh Berawan Sarawak 2024 bertempat di Dynasty Hotel, Miri pada Sabtu.
 
Pelbagai jawatankuasa kecil telah ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti  yang telah dirancangkan.
 
Aktiviti yang akan diadakan sempena Pesta Gelimeh Berawan Sarawak 2024 nanti termasuk mempamerkan Kebudayaan, Makanan Tradisi, Kraftangan dan seumpamanya.
 
Menghadiri mesyuarat tersebut adalah Jawatankuasa Induk Persatuan Berawan Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi Berawan Sarawak, Markus Abdon Ajang, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Tinjar, Deo Keneth, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Tinjar, Alvin Mang serta tetamu lain.-EDISI UKAS