TERENGGANU: Skuad takraw Sarawak sekali lagi melakar kemenangan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Universiti Malaysia Terengganu selepas menumpaskan pasukan Negeri Sembilan, pada Khamis.
Kemenangan 2-1 itu mengesahkan tiket ke suku akhir untuk Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok.
Pada aksi pertama, Regu A Sarawak mudah menundukkan Negeri Sembilan 15-9 dan 15-11.
Namun, nasib tidak menyebelahi Regu B apabila tumpas 11-15 dan 8-15.
Kebangkitan Sarawak menyerlah setelah Regu C dengan bergaya mendapatkan kemenangan 15-4 dan 15-6.
Libasan daripada pemain jersi nombor 2 ternyata banyak menyumbang mata untuk Sarawak.
Kemenangan itu juga mengakhiri saingan Sarawak dalam Kumpulan A untuk menduduki tangga teratas.-EDISI UKAS