Pasukan E-Sukan, FC24 Sarawak Mara Ke Suku Akhir

Disiarkan pada 16 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS



TERENGGANU: Laluan Kontinjen Sarawak mempertahankan gelaran juara Sukan Se-Malaysia (SUKSEM) IX 2024 semakin cerah.

Beberapa pasukan telah mencipta kemenangan di peringkat kumpulan dan berjaya mara ke suku akhir perlawanan.

Ini termasuk pasukan e-sukan kategori FC24 yang telah menumpaskan Johor, 4-0 di sini, pada Rabu.

Kejayaan itu hasil daripada kemenangan dalam kategori Single Open 1 (2 - 1), Single Officer (3 - 0),
Single open 2 (3 - 0), Veteran (3 - 0) dan Duo (1 - 1).

Sarawak dijadualkan menentang Sabah pada peringkat suku akhir, Khamis ini. -EDISI UKAS