SUKSEM IX: Datu Buckland Hadir Beri Sokongan, Kata Semangat Kepada Atlet

Disiarkan pada 16 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS



TERENGGANU: Chef de Mission (CDM) kontinjen Sarawak bagi Sukan Se-Malaysia (SUKSEM) IX 2024, Datu Buckland Bangik telah hadir memberi sokongan kepada pasukan pingpong Sarawak di Dewan Jubli Perak, Kuala Nerus di sini, pada Rabu.

Kehadiran beliau yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) turut diiringi Timbalan CDM SUKSEM IX Sarawak merangkap Pengarah Unit Pentadbiran, Datu Mohamad Junaidi Mohidin.

Datu Buckland mengambil kesempatan itu untuk memberi kata-kata semangat kepada para pemain dan sempat menyaksikan perlawanan antara Sarawak menentang Sabah.

Sarawak tewas 2-3 untuk pusingan pertama peringkat Kumpulan A dan akan menentang Johor petang ini. -EDISI UKAS