Dewan Negara & Dewan Rakyat Main Peranan Penting Jaga Keadilan Malaysia

Disiarkan pada 21 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



LAWAS: Dewan Negara dan Dewan Rakyat memainkan peranan penting dalam menjaga keadilan dan keamanan Malaysia.

 

Yang Di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal memberitahu, Dewan Negara akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) yang diluluskan adalah yang terbaik dan dapat memanfaatkan negara dan rakyat sekaligus.

 

“Ini adalah untuk memastikan Malaysia menjadi negara yang baik, saksama, adil, maju dan aman damai,” jelasnya.

 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang Di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

 

Katanya, beliau menjadi Yang Di-Pertua Dewan Negara merupakan satu penghormatan kepada masyarakat Sarawak di Lawas.

 

Turut hadir ialah isteri kepada Datuk Mutang Tagal, Datin Ho May Leng, Ahli Parlimen Henry Sum Agong serta isteri, Timbalan Di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed, Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Ahmad Nor Zaini Badrun, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datu Muhammad Zamani Mohd Ali dan dif-dif kenamaan lain. -EDISI UKAS