70 Pemain Golf Sertai Pertandingan Appreciation Golf Special by Johnny Pang

Disiarkan pada 21 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



BINTULU: Seramai 70 pemain golf telah menyertai Pertandingan Appreciation Golf Special by Johnny Pang di Kelab Golf Bintulu pada Sabtu.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berharap Bintulu akan dapat menjadi tarikan sebagai destinasi untuk golf dan pelbagai sukan lain pada masa hadapan.

 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para pemain golf dan ahli jawatankuasa yang telah bekerja keras untuk menjayakan program itu.

 

Untuk rekod, Seksyen Nett dijuarai oleh William Manggoi dengan 68 mata (OCB), manakala Seksyen Gross dijuarai oleh David Chiew dengan 83 mata.

 

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari. -EDISI UKAS