Majlis Berambeh Gong Xi Raya Serlahkan Perpaduan Sarawak

Disiarkan pada 21 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SIMANGGANG: Majlis Berambeh Gong Xi Raya yang julung kali diadakan di Simanggang dilihat mampu menyerlahkan lagi perpaduan kaum di negeri ini.

Penamaan majlis tersebut merupakan simbolik kepada majoriti penduduk di Daerah Lingga yang mana penduduk kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee pada Sabtu.

Menurut beliau, sambutan Hari Raya Aidilfitri medium terbaik untuk mengeratkan tali siraturahim antara masyarakat berbilang bangsa dan pemimpin.

Dalam masjlis yang sama, turut diumumkan adalah pemenang-pemenang bagi pertandingan Pintu Gerbang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Ladong, Lemanak dan Sembau. 

Untuk rekod, JKKK Kampung Tanjung Engkabang telah mucul sebagai juara keseluruhan manakala JKKK Kampung Haji Undom merangkul gelaran naib juara diikuti dengan JKKK Kampung Pasir Panas di tempat yang ketiga. 

Sementara itu, JKKK Kampung Datu Hilir telah muncul sebagai pemenang bagi kategori ‘Like and Share’ terbanyak di aplikasi Facebook.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batang Lupar Shafizan Kepli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Ketua-ketua Jabatan serta Ketua-ketua Masyarakat di Bahagian Sri Aman. -EDISI UKAS