Lebih 100 Tetamu Meriahkan Ramah Tamah Aidilfitri ADUN Pantai Damai

Disiarkan pada 21 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Lebih 100 orang jemputan terdiri daripada barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Badan Eksekutif Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Pantai Damai  telah hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan pada Sabtu.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin bagi bersama dalam meraikan majlis tersebut.

Pelbagai acara telah diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan hiburan, dan pakaian terbaik bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Turut hadir, Timbalan Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Merdihi Mas, Ketua Pergerakkan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Dayang Nora Awang Sabudin dan Ketua Sayap Belia PBB Cawangan Pantai Damai Nur Ashniza Ashwin. -EDISI UKAS