Masyarakat Pelbagai Kaum, Agama Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Khidmat Kalaka

Disiarkan pada 20 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



SARATOK: Kira-kira 300 hadirin dari pelbagai kaum dan agama memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Kalaka di Dewan Terbuka SJKC Min Synn Saratok pada Sabtu.
 
Ia turut dihadiri Senator Dewan Negara Pele Datuk Peter Tinggom, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri dan ADUN Krian Friday Belik.
 
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Rumah Terbuka seperti pertandingan karaoke lagu Raya untuk tetamu yang hadir.
 
Majlis dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk selain memberi peluang kepada orang untuk beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin tempatan yang hadir.
 
Selain itu, ia juga ianya melambangkan perpaduan kaum erat sejak dari turun-menurun yang diamalkan di kawasan ini. - EDISI UKAS