Premier Sarawak & Isteri Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Puan Sri Datin Sri Elizabeth Pawa

Posted on 08 Oct 2024
Source of News: UKAS



KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hari ini meluangkan masa bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang ibu mentua kepada Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang meninggal dunia di kediamannya semalam.

Premier Sarawak bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Bujang tiba di kediaman mendiang sekitar jam 3.30 petang dan disambut oleh Dato Sri Alexander serta isteri Datin Sri Angelina Ujang dan ahli-ahli keluarga yang lain.

Beliau kemudiannya menandatangani buku takziah yang disediakan sebelum beredar.

Mendiang Puan Sri Datin Sri Elizabeth Pawa yang juga isteri kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, mendiang Tan Sri Dato Sri Celestine Ujang Jilan menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun kira-kira jam 9.55 pagi.

Kematian ibu mentuanya tersebut dikongsikan oleh Dato Sri Alexander dalam hantaran di akaun rasmi Facebooknya.-EDISI UKAS