Max Poole Rangkul Juara Keseluruhan LTdL 2024

Disiarkan pada 07 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS


BINTULU: Pelumba DSM-Firmenich Postine, Max Poole merangkul gelaran juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 (Jersi Hijau) selepas menamatkan perlumbaan Bintulu Loops sejauh 147.5 Kilometer (KM) pada Ahad.

Pelumba Great Britain tersebut yang menguasai peringkat ketiga hingga kelapan dengan jumlah rekod masa 26:27:44 yang hanya mendahului pelumba tempat kedua, Thomas Pesenti dari JCL Team Ukyo dengan perbezaan masa 13 saat.

Raja Pecut (Jersi Jingga) milik Matteo Malucelli, pelumba JCL Team dengan kumpulan mata sebanyak 80, diikuti tempat kedua ialah pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn dengan beza Kumpulan mata yang tidak jauh iaitu 78 dan Gleb Syritsa berada di kedudukan tempat ketiga.

Manakala pelumba Astana Qazaqstan berada di tempat ketiga dengan mata 57.

Pelumba Terengganu Cycling Team, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff kekal sebagai Pelumba Terbaik Malaysia (Best Malaysian Rider) walaupun menamatkan perlumbaan secara keseluruhan di tempat ke-41.

Jersi Putih (pelumba Terbaik Asia) masih milik pelumba JCL Team, Manabu Ishibashi diekori rakan sepasukannya Yuma Koishi dan Keigo Kusaba, AIS Team turut kekal di tempat ketiga.

Raja Bukit (Jersi Polka Dot) tetap milik pelumba Sepanyol dari Burgos-BH, Mario Munoz Aparicio dengan 27 mata.

Manakala, Max Poole di tempat kedua dengan 22 mata, diikuti Anthon Charmig dengan 12 mata di tempat ketiga.

Wakil Malaysia, Malaysia Pro Cycling berjaya mendapat tempat ketiga dengan rekod masa 79:58:46 bagi kategori Pasukan Terbaik Asia.

JCL Team Ukyo menguasai saingan mendapat tempat pertama dengan catatan masa 79:35:36 diikuti tempat kedua, Thailand National Team dengan masa 79:58:24.

Hadir menyempurnakan penyampaian tersebut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengarah Majlis Sukan Negara Abdul Rashid Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Abdullah Hasan, Timbalan Ketua Pengarah Promosi Tourism Malaysia Lee Thai Hung, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Siti Azlina Abdul Latif.-EDISI UKAS