Jualan RAHMAH Bergerak PJRB Berlangsung Dengan Jaya

Disiarkan pada 07 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Program Jualan RAHMAH Bergerak (PJRB) bagi Parlimen MIRI bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)Piasau telah berlangsung di perkarangan Dewan Suarah Miri pada petang Ahad.

Program Jualan Rahmah BERGERAK merupakan salah satu model pelaksanaan jualan RAHMAH dimana rakan strategik akan membawa barangan keperluan asas ke kawasan komuniti tertentu.

Penduduk setempat berpeluang untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang menarik iaitu pengurangan harga antara 10% sehingga 30% tanpa perlu ke kedai.

Hadir menyempurnakan program ini Timbalan Menteri Pelancongan Yang Berhormat Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.-EDISI UKAS