60 peserta hangatkan Inter-Club Games Competition Picklebal di Miri

Disiarkan pada 07 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Penutupan aturcara Inter-Club Games Competition Pickleball oleh Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Miri mencipta sejarah kerana ianya pertama kali dianjurkan dengan menggunakan tikar badminton di pusat membeli-belah.

Sebanyak enam kelab yang bergabung dengan Persatuan Pickleball Miri dengan salah satu pasukan Seria dari Brunei Darussalam dan membabitkan seramai 60 orang peserta.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mempromosikan sukan trend baru ini kepada seluruh warga Miri serta semua sekolah dan warga-warga Brunei Darussalam di mana sukan ini tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi dan kurang risiko terdedah kepada kecederaan badan.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Donny Koo dan Presiden Persatuan Pickeball Miri Yvonne Sim.-EDISI UKAS