Mesyuarat Agung Ranting Tiga Tahun Sekali PBB Bukit Saban Berjalan Lancar

Disiarkan pada 07 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS


SPAOH : Mesyuarat Agung Ranting Tiga Tahun Sekali untuk sesi 2024-2027 anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban telah berlangsung dengan lancar dalam suasana harmoni di Dewan Masyarakat Spaoh.

Mesyuarat melibatkan empat ranting iaitu Kampung Penggan Spaoh, Kampung Hulu Spaoh, Kampung Tengah Spaoh dan Kampung Hillir Spaoh diadakan selama dua hari pada 5 dan 6 Oktober.

Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mesyuarat Agung ini bertujuan untuk memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting yang baharu bagi sesi 2024-2027.

Sepanjang mesyuarat, perbincangan dan pemilihan berjalan dalam suasana harmoni dan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam usaha memperkukuhkan struktur kepimpinan di peringkat akar umbi dan memastikan kesinambungan perkhidmatan PBB dalam memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat setempat.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu dan tetamu kehormat yang lain.-EDISI UKAS-