Urus Peruntukan MRP Dengan Sistematik

Disiarkan pada 20 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BINTULU: Penerima geran di bawah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar(MRP) dinasihat untuk menguruskan dana yang disalurkan itu dengan sistematik dan telus.

Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata penerima perlu mengemukakan laporan setelah menggunakan peruntukan bagi sesebuah projek sama ada di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK), persatuan atau kelab.

Beliau menegaskan bahawa geran yang diluluskan itu harus diuruskan dengan amanah dan penuh tanggungjawab.

Beliau berakata demikian ketika hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek MRP di Pejabat Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu pada Jumaat.

Sejumlah RM455,9600 geran MRP telah diperuntukkan dn diserahkan kepada 23 penerima.

Hadir sama, Residen Bintulu, Nyurak Keti,Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat dan Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu, Jackson Nanta.-EDISI UKAS