Majlis Ramah Tamah Aidilfitri APM Kota Samarahan Meriah

Disiarkan pada 20 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KOTA SAMARAHAN: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cawangan Kota Samarahan mendapat sambutan yang meriah. 

Dengan kehadiran lebih dari 100 tetamu, majlis tersebut dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja APM Kota Samarahan dengan pegawai dan kakitangan agensi-agensi kerajaan yang dijemput. 

Dalam pada itu, APM turut menyediakan reruai makanan hiasan hasil kerta tangan anggota APM sendiri bagi menyerikan lagi majlis itu. 

Hadir dalam majlis itu ialah Pengarah APM Sarawak Mohtar Samat, wakil Residen Bahagian Kota Samarahan Hasanal Abdul Wahid, Pegawai APM Cawangan Kota Samarahan Alias Bujang dan wakil Pegawai Daerah Kota Samarahan Grace Rudey Singa. -EDISI UKAS