RM145 Juta Diperuntuk Bina Jalan Dari Nanga Kabah Hingga Nanga Temiang

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KAPIT: Sebanyak RM145 juta diperuntuk untuk projek pembinaan Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/ Sungai Song.
 
Jalan sepanjang 16.3km dari Nanga Kabah hingga Nanga Temiang itu akan dibina selama tiga tahun bermula 1 April 2024 hingga 1 April 2027
 
Projek tersebut di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran manakala Musyati Sdn Bhd merupakan kontraktor utama.
 
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan turut padang menyertai lawatan ke tapak bagi majlis pecah tanah projek berkenaan pada Khamis.
 
Lawatan itu bertujuan memilih tapak yang sesuai untuk majlis pecah tanah projek nanti.
 
Rombongan bergerak dari Pekan Song ke Log Pond Nanga Beguang menggunakan bot laju. - EDISI UKAS