Pasukan Kembara 11 Muncul Juara Kejohanan Bola Sepak Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SEBUYAU: Pasukan Kembara 11 dari Kampung Sebangan dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi selepas menewaskan cabaran skuad Kalso dari Kampung Semera menerusi jaringan 4-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Sebangan pada Jumaat.

Menerusi kejayaan itu, pasukan Kembara 11 berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta piala dan jersi, manakala, pasukan Kalso berpuas hati meraih wang tunai sebanyak RM3,000 bersama piala dan jersi.

Tempat ketiga pula disandang oleh pasukan BMR Asajaya yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 piala dan jersi dan tempat keempat iaitu pasukan Family FA membawa pulang hadiah wang tunai RM750 dan piala.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunukasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi.

Kejohanan bola sepak itu menyaksikan sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian bagi merebut kejuaraan Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi yang bermula pada 12 April lalu.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menjadi juara pada kejohanan kali ini dan pasukan lain juga masih berpeluang untuk menjadi juara pada kejohanan akan datang.

Turut hadir wakil pegawai Daerah Sebuyau, Tahir Putih,  Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Osman Jamel, Pemanca Asli Yahya serta yang lain.-EDISI UKAS