ADUN Murum Lakukan Lawatan Kerja Ke Tiga Lokasi Di Sungai Asap

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



MURUM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon telah melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di sekitar kawasan Sungai Asap pada Khamis.

 

Lawatan kerja itu bertujuan meninjau tapak Projek Bantuan Ehsan Kebakaran Rumah Panjang di tiga kawasan iaitu di Uma Bakong Ulu Sungai Asap, Uma Bawang Sungai Asap dan juga Blok N, Uma Badeng Sungai Koyan.

 

Beliau juga berkesempatan melawat ke tapak Projek Stesen Pertanian Sungai Asap dan tapak Projek Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap.

 

Dalam pada itu, Kennedy Chukpai berharap agar semua projek di konstituensi Murum dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar demi memanfaatkan penduduk setempat.

 

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Pejabat Residen Kapit, Pejabat Daerah Belaga serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak atas komitmen dan tanggungjawab dalam memantau pelaksanaan projek di kawasan ini agar dapat disiapkan selaras dengan tempoh dan kualiti projek yang telah ditetapkan.

 

Turut hadir ialah Residen Bahagian Kapit Galong Luang dan Pegawai Daerah Belaga Bidah Lujah. -EDISI UKAS