Ahli Parlimen Batang Sadong dan ADUN Simunjan Hadiri Rumah Terbuka

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SIMUNJAN: Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkesempatan berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan, Bojeng Ali pada Khamis.

Ketibaan kedua-dua wakil rakyat itu pada jam 1.00 petang tadi disambut oleh Bojeng Ali sendiri dan isteri serta ahli keluarganya. 

Turut hadir ialah Pemangku Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Kusyairi Bostani, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Mohd Rizal Zakaria, wakil Pegawai Daerah Simunjan Mohd Raili Jawawi dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Simunjan Rosita Poni. -EDISI UKAS