80 KMKK Hadir Ke Program Penglibatan Komuniti

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SRI AMAN: Seramai 80 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Pantu telah menghadiri Program Penglibatan Komuniti pada Khamis.

Program tersebut diisi dengan pengisian penting iaitu ceramah mengenai penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh tiga penceramah jemputan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Sri Aman.

Antara topik yang diketengahkan semasa ceramah adalah Cabaran Ancaman Dadah, Senario Dadah Semasa, Statistik Penyalahgunaan Dadah serta topik lain yang melibatkan pemerkasaan komuniti dan Pelan Tindakan Komuniti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Pantu. 

Pada sesi akhir ceramah, turut diadakan perbincangan dan pembentangan cadangan program, perancangan dan peranan komuniti untuk membasmi gejala dadah di kawasan mereka.

Hadir sama Pegawai Daerah Pantu Langging Wasam dan Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Hejiman. -EDISI UKAS