Marathon Kota Samarahan 11 Hingga 12 Mei Depan

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KOTA SAMARAHAN: Acara marathon di Kota Samarahan akan diadakan selama dua hari bermula 11 hingga 12 Mei depan bertempat di perkarangan Pusat Beli Belah La Promenade.

Acara yang julung kali diadakan ini akan menggegarkan Kota Samarahan dengan penyertaan pelari dari dalam dan luar negara termasuklah Afrika, Brunei Darussalam dan Singapura serta dari Semenanjung Malaysia.

Setakat ini penyertaan adalah amat menggalakkan di mana ianya berbaki hanya 300 slot bagi kategori 10 kilometer dan 42 kilometer manakala slot bagi kategori 21 kilometer sudah penuh.


Selain itu, terdapat acara bagi kategori tiga kilometer dan enam kilometer ‘fun run’ yang menyasarkan golongan pemula serta kanak-kanak dan ibu bapa. 

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan MPKS, Dato Peter Minos turut menyatakan keterujaan dengan respon yang cukup baik untuk penyertaan marathon ini.

Hadir sama dalam sesi sidang media itu ialah Pemangku Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Samarahan Gustian Durani. -EDISI UKAS