8 Organisasi Di Pakan Terima MRP Berjumlah RM200,000

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



PAKAN: Sebanyak lapan organisasi di Pakan telah menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM200,000 pada Khamis.

 

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom telah menyampaikan geran MRP tersebut pada Majlis Penyerahan Geran MRP Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan di sini.

 

Lapan organisasi yang menerima geran itu terdiri daripada Kelab Rando, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita, Pertubuhan Dalam Komuniti dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU).

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan itu berkata, peruntukan tersebut merupakan geran tahunan bagi para organisasi menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun seperti yang telah dirancang.

 

Dalam pada itu, Tan Sri William Mawan berharap agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat menyalurkan maklumat pembangunan dan dasar yang dirancang oleh kerajaan negeri.

 

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Pakan Yalin Asan. -EDISI UKAS