Budaya Rumah Terbuka Manifestasi Kehidupan Harmoni Di Sarawak

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



SIMANGGANG: Budaya penganjuran seperti rumah terbuka Aidlifitri yang menjemput tetamu dari pelbagai kaum merupakan manifestasi kehidupan yang harmoni di kalangan masyarakat negeri ini. 

 

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis, suasana perayaan bukan sahaja disambut secara bersendirian oleh kaum yang merayakannya malah turut dimeriahkan lagi dengan tradisi kunjung-mengunjung.

 

“Keunikan budaya dan adat resam kita yang diamalkan secara turun temurun di Sarawak perlu dipelihara dan dipertahankan serta disuburkan dengan sikap kekitaan, toleransi dan hormat menghornati antara satu sama lain. 

 

“Sikap yang baik ini menjamin keharmonian dan mengelakkan perselisihan faham yang boleh menceruskan ketegangan kaum,”katanya. 

 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran gabungan lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kebajikan Islam KMKK Simanggang di Sri Aman pada Rabu.

 

Dalam majlis itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menyerahkan cek projek kecil luar bandar (MRP) kepada 17 pertubuhan dan Jawatankuasa majlis dengan nilai keseluruhan berjumlah RM115,000. 

 

Katanya, peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan oleh setiap pertubuhan membiayai kos mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti masing -masing.

 

Hadir sama, Residen Bahagian Sri Aman, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.-EDISI UKAS