MIRI: Pelbagai aktiviti disediakan sebagai pengisian Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang yang akan berlangsung pada 27 sehingga 29 September ini di pekarangan Pusat Beli-belah Boulevard di sini.
Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati orang ramai sudah mula membanjiri program yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.
Difahamkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg juga akan hadir bagi memeriahkan lagi majlis gilang gemilang ini.
Ia menyasarkan seramai 300,000 pengunjung sepanjang tiga hari program ini berlangsung.
Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung termasuk pameran serta perkhidmatan bergerak daripada agensi-agensi kerajaan, gerai jualan, persembahan nyanyian, cabutan bertuah, pocket-talk, taklimat dan banyak lagi. -EDISI UKAS