ADUN Meradong Serah Mesin Cetak Kepada SMK Bandar Bintangor

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

 

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing telah menyerahkan mesin cetak kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor pada Khamis.

 

Beliau menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengetua SMK Bandar Bintangor Patrick Moses dan berharap ianya dapat memudahkan urusan persekolahan.

 

Dalam majlis sama, beliau telah menyerahkan geran khas sejumlah RM1,000 kepada Wanita Kampung Bintangor untuk penyertaan pertandingan tarik tali.

 

Datuk Ding kemudiannya menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Shing yang diketuai oleh Guru Besarnya Ngu Yii Lee.

 

Manakala pada sebelah malam, beliau melakukan lawatan ke Jalan Utama Kelupu Bintangor bagi meninjau masalah kebocoran paip air.

 

Terdahulu, beliau telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai aduan gangguan bekalan air di sekitar bandar Bintangor dan terus ke lokasi kebocoran paip.

 

Pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah menerangkan masalah kepada Datuk Ding dan beliau menggesa agar masalah kebocoran itu diselesaikan secepat mungkin. -EDISI UKAS