Dato' Sri Huang Santuni Dua Pesakit Di Repok

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: ukas



SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato' Sri Huang Tiong Sii meluangkan masa menyantuni dua orang pesakit di kawasannya pada Khamis.
 
Pesakit pertama diziarahi beliau adalah Kapitan Ting Sing Hau, 80 tahun, mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya sebelum ini dan kini sedang menjalani rawatan di rumah.
 
Manakala pesakit kedua diziarahinya adalah warga emas, Lau Tieng Ing, berusia 91 tahun yang hanya berehat di rumah.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei berharap semua pesakit yang diziarahi pada hari tersebut diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
 
Hadir sama dalam program ziarah ini ialah Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Anthony Tan Hieng Kiek, Penghulu Huang Tiong Kang, Kapitan Ling Dien Yong dan Kaunselor Ling Chai Yun. -EDISI UKAS