Datuk Dr Juanda Santuni Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Sekaan

Disiarkan pada 19 Apr 2024
Sumber Berita: ukas



MATU: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya menyantuni Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Sekaan dalam program terakhir ramah tamah di kawasan N44 Jemoreng.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng mengucapkan tahniah atas persediaan yang cukup baik dan sambutan yang cukup hebat dari penduduk kampung dalam melaksanakan program seperti ini.
 
"Sekiranya penganjuran semakin stabil dan teratur, kita akan mengadakan program seperti ini lebih awal dan menjemput semua penduduk yang balik ke kampung halaman pada awal Syawal.
 
"Kita berharap konsep Ramah Tamah Aidilfitri ini datang dari peringkat akar umbi, masyarakat dan penduduk kampung kerana variasi hidangan yang datang dari penduduk kampung akan menjadikan sambutan ini unik dan berbeza," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Sekaan, Matu pada Rabu.
 
Katanya lagi, ramah tamah peringkat akar umbi ini mampu menghidupkan suasana gotong-royong, bekerjsama, perkongsian dan mengeratkan persaudaraan di antara penduduk kampung.
 
Tambah beliau, pelbagai perancangan pembangunan juga sedang dirancang di Kampung Sekaan ini, sokongan dari masyarakat semoga perancangan ini dipermudahkan dan menjadi realiti suatu hari nanti.
 
Datuk Dr Juanda kemudiannya mengagihkan duit raya untuk berkongsi kegembiraan bersama masyarakat dalam menyambut lebaran.
 
Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Matu ADO Zaraina Sahari dan Penghulu Kampung Sekaan Awang Muda Hashim Awang Salleh. -EDISI UKAS