KUCHING: Sarawak semakin menghampiri pusingan final acara boccia pada saingan Para SUKMA XXI 2024 selepas dua atletnya berjaya mara ke separuh akhir kategori individu lelaki BC2.
Dalam aksi separuh akhir berlangsung di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak pada Rabu, atlet tuan rumah, Tay Boon Seng mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan Carlo Jay Chai Ping Yuan dari Labuan dengan keputusan sengit 6-5.
Tay menunjukkan ketenangan dan ketajaman strategi, menyempurnakan gerak taktikal untuk menundukkan lawannya dalam perlawanan yang penuh debaran.
Sementara itu, Dale Aderic Teri turut mempamerkan prestasi luar biasa, melangkah ke separuh akhir dengan kemenangan mudah 6-1 ke atas Mohd Rizali Muda dari Terengganu.
Perlawanan separuh akhir kategori individu lelaki BC2 sedang berlangsung bermula jam 2 petang ini untuk menentukan atlet yang berjaya mara ke peringkat akhir.
Tay berdepan dengan atlet Johor, Iman Haikal Saifulifram, manakala Dale akan mencabar kehebatan atlet Selangor, Muhammad Aqif Iskandar Zuljifri. - EDISI UKAS