Premier Sarawak Teruskan Ziarah Aidilfitri Di Kediaman Mantan ADUN Tanjong Datu

Disiarkan pada 18 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meneruskan ziarah Aifilfitri pada hari kesembilan Syawal dengan mengunjungi kediaman mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu di Santubong pada malam Khamis. 

Ketibaan beliau bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang sekitar jam 8.30 malam turut disambut diiringi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. 

Hadir sama dalam kunjungan Aidilfitri itu ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.  

Dalam pada itu, Premier Sarawak telah menandatangani cenderamata berupa sebuah buku sebelum menjamu selera dengan pelbagai juadah tradisi hari raya.

Terdahulu Datuk Patinggi Abang Zohari berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. -EDISI UKAS