Lima Persatuan Terima Dana MRP Ahli Parlimen Batang Sadong

Disiarkan pada 18 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SIMUNJAN: Sebanyak lima buah persatuan dan organisasi termasuk sekolah menerima dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM44,000 pada Khamis.

Penyerahan cek dana tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee di Rumah Rehat Sri Simunjan.

Antara organisasi dan persatuan menerima dana tersebut adalah Pejabat Daerah Asajaya, Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak Daerah Simunjan (PPWS), Pasukan Pemacu Pendidikan Simunjan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Pisang/Selangking.

Berucap ringkas majlis tersebut, Rodiyah memberitahu dana tersebut merupakan peruntukan bagi menjalankan aktiviti termasuk program meningkatkan penglibatan masyarakat untuk memperkasakan pertubuhan, persatuan, dan pelaksanaan aktiviti berskala kecil di kawasan masing-masing.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong Idris Ibrahim. -EDISI UKAS