Hospital Simunjan Terima Sumbangan Peralatan Perubatan

Disiarkan pada 18 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SIMUNJAN: Hospital Simunjan menerima sumbangan peralatan perubatan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee pada Khamis.

Rodiyah berkata, peralatan perubatan yang disumbangkan adalah sebagai tanda keprihatinan pihaknya terhadap keselesaan pesakit dan hospital.

"Antara peralatan disumbang ialah empat unit penghawa dingin, tiga unit mesin sedutan, seunit skop kamera (retina dan otoskop) dan seunit video larygoskop.

“Diharapkan, dengan adanya peralatan ini, ia akan meningkatkan semangat petugas hospital ini dalam usaha merawat pesakit dan sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pihak hospital,” katanya.

Kesemua peralatan tersebut bernilai RM50,000 di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR).

Dalam masa yang sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pesakit kanak-kanak yang dirawat di hospital tersebut.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Khas Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Rahim, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Mohd Rizal Zakaria dan wakil Pegawai Daerah Simunjan Mohd Raili Jawawi. -EDISI UKAS