Tibak Baok Juara Futsal Wanita Piala Dato Sri Roland Sagah

Posted on 24 Sep 2024
Source of News: UKAS


SIBURAN: Pasukan Tibak Baok dinobatkan juara perlawanan akhir Futsal Wanita Piala YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Peraya pada Ahad.

Ia selepas kejayaan menuncukkan Pasukan Tidal Bore dalam aksi final yang berlangsung sengit.

Tempat ketiga pula disandang oleh Pasukan Cekgu FT.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah We Inn yang seterusnya menyempurnakan majlis.

Sebanyak 16 pasukan terdiri daripada belia Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) kawasan Tarat bersaing merebut gelaran juara dalam kejohanan ini yang dianjurkan oleh Unit SABERKAS Kampung Peraya.

Dato Sri Roland Sagah ketika berucap telah merakamkan penghargaan kepada Unit SABERKAS Kampung Peraya atas penganjuran kejohanan kali ini.

Beliau berharap aktiviti fizikal seperti ini dapat diperluaskan ke setiap kampung demi kesejahteraan jasmani penduduk setempat.

Katanya, penganjuran sukan sebegini dapat mempamerkan nilai kesukanan para belia di samping menunjukkan semangat daya juang yang tinggi.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek dan Pengerusi Unit SABERKAS Peraya. -EDISI UKAS