KV Miri City Juara Karnival Bola Sepak Bawah 20 Tahun

Disiarkan pada 24 Sep 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Pasukan KV Miri City muncul juara Karnival Bola Sepak Bawah 20 Tahun yang menutup tirai Ahad lepas di Padang Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Miri.

Kejayaan itu membolehkan pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 piala dan medal.

Naib johan disandang oleh Kotaras City Miri dan tempat ketiga bersama disandang Playmaker Football Academy dan LB Comrades FC.

Sementara itu, Anugerah Penjaring Terbanyak telah dimenangi Brandon Gura dari Kotaras City, Anugerah Penjaga Gol Terbaik dirangkul Mohd Hazwan Hamdan dari KV Miri City dan Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dimenangi Joey Kendau.

Karnival tersebut anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri.

Ia berlangsung pada 20 hingga 22 September bertempat di Padang Bola Sepak Kolej Vokasional Miri dan Padang Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Miri.

Pada edisi kali ini, sebanyak empat pasukan mengambil bahagian yang terdiri daripada kelab bola sepak di sekitar bandaraya Miri.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bersama-sama dengan Timbalan Datuk Bandar Miri Ariffin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri Roley Lagir, Pengarah Urusan HiTune Pengiran Zambri dan Presiden Persatuan Bola ssepak Bahagian Miri Mohamad Saif Jubaidi.

Dalam pada itu, Mohamad Saif merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang dan
mengucapkan terima kasih kepada penaja utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Wise Wallet Consultancy (WWC) serta rakan Strategik KV Miri dan Kotaras City yang menyediakan venue perlawanan. -EDISI UKAS