ADUN Kedup Saksi Majlis Serah Projek

Disiarkan pada 18 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

SERIAN: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Kedup, Datuk Martin Ben telah menyaksikan majlis penyerahan Projek Siap Menurap Kawasan Rumah Panjang Bahai dan Kawasan Dewan Serbaguna Kampung Mayang Mawang di sini pada Rabu.

Pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023 berjumlah RM150,000 tersebut bermula pada 18 Disember 2023 dan dapat disiapkan dalam tempoh empat bulan seperti ditetapkan. 

Datuk Martin juga berkesempatan meninjau Projek Menaiktaraf Dewan Serbaguna Kampung Mayang Mawang. 

Projek RTP 2024 berjumlah RM200,000 bermula pada 22 Februari 2024 itu dijangka siap pada 21 September 2024 yang melibatkan pelaksaan kerja pembesaran dewan dan bilik gerakan, memasang sengkuap dan pendawaian baru. 

Selain itu, Datuk Martin juga turun padang meninjau projek siap Gereja Katolik St Getrude Kampung Mayang Mawang yang telah dinaiktaraf dan projek jalan perhubungan desa (JPD) kampung tersebut yang akan menghubungkan Kampung Pulau Piranuk - Kampung Mayang Kawan. 

Kesinambungan projek jalan tersebut akan dilaksanakan melalui peruntukan di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA). -EDISI UKAS