Karnival Sukan Meriahkan Bintangor Oktober Ini

Disiarkan pada 18 Sep 2024
Sumber Berita: UKAS

MERADONG: Sebanyak tiga jenis sukan akan dipertandingkan semasa Karnival Sukan (KASUS) pada Oktober depan di Bintangor.
 
Karnival itu dimulakan dengan pertandingan futsal di Padang Futsal Taman Bintang Bintangor dengan penyertaan sebanyak 30 pasukan pada 5 Oktober.
 
Seterusnya pertandingan bola sepak di Padang Bola Sepak Kompleks Sukan Bintangor pada 12 Oktober dengan penyertaan 24 pasukan.
 
Manakala pertandingan bola tampar campuran lelaki dan perempuan akan diadakan pada 19 Oktober di SJK (c) Kai Chung melibatkan 10 pasukan.
 
Sebagai tanda sokongan terhadap karnival sukan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menyumbang baju kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan Meradong dalam majlis ringkas di Pusat Khidmat DUN Meradong pada Selasa.
 
Sumbangan itu adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada AJK supaya menjalankan lebih banyak aktiviti serta program pada masa akan datang di Daerah Meradong. –EDISI UKAS